Romeo n Juliet
Juliet adalah daun, Romeo adalah angin, yg datang tiba-tiba, meniup rindu, menghembus asa, membuai daun, hingga kadang, daun menjadi hijau segar, namun ketika angin berlalu, hilang begitu saja di putaran waktu, daun itu menguning, sebelum sang waktu menjemputnya, karena terjatuh di tanah, biarlah daun itu gugur, karena kehendak Sang Alam, bukan karena tiupan kencang sang angin kembara, atau bukan karena tangkainya menjadi lemah, ketika tahu angin tlah pergi, menghilang tanpa bekas, meninggalkannya layu membiarkannya kering, terjatuh terkubur debu bumi, itulah Juliet, tempatnya mencari kesejukan, dan dipaksa dikeringkan, yang sering tak terpikirkan, dilupakan akan kekuatannya, buat abadikan cinta si ROMEO & JULIET.

HASIL KARYA MEMBE R&J

sheriz
tajuk : KASIH KITA
kasih antara kita, saat demi saat berlalu, namun...., kehadiranmu menyinari seluruh duniaka..., tapi takdir memisahkan kita..., dan bukan pisahkan kasih antara kita..., walau ak sering derita bersamamu..., tapi hakiktanya ak tidak merelakan pemergianmu... ak disini seolah kesepian... tanpa teman disisi..., benar katamu..,, kita pasangan bahagia... tapi satakat manakah hubungan kita ini... dapatkah kau bukti kann....??/
nadz
Cinta dan sayang berbeza sekali. Aku juga tidak mengerti mengapa harus mereka semua menyangka kedua-duanya sama. Definisi cinta dengan sayang perbezaannya begitu ketara. Adakah mungkin jaraknya bagaikan bumi dan langit, mahupun wanita dengan laki-laki, atau mungkin juga yang berkulit putih dengan berkulit hitam, tidak juga mustahil jika aku katakan di sini bezanya cinta dan sayang seperti syurga dan neraka. Seorang laki-laki, juga adalah teman setia ku, teman baik ku, boleh juga ku anggap sebagai abang jua adik-beradik ku yang begitu berpengalaman dalam membina bibit-bibit cinta pernah menyatakan perbezaan maksud kedua-duanya kepada ku. Bila mulutnya terkumat-kamit membicarakan topik ini, aku serta-merta kaget. Serentak aku menyatakan perasaan kagum ku kepadanya. Ku beritahu dengan seikhlas hati, dari mana kau dapat frasa ini? Aku bisa punya telinga namun tidak pernah ku dengar frasa yang sungguh luar biasa ini, yang terpancur keluar dari mulut dan gerakkan bibir kau yang mustahil tidak dapat menjatuhkan mana-mana wanita di dunia ini. Maksud sayang, katanya, samalah seperti kau lafazkan kepada sesiapa saja gadis yang kau baru kenali, mahupun yang mahu kau kenali “Aku sayang kamu…” namun apakah maksudnya yang sebenar? Cuma ambil berat, suka, kagum dengan wajah gadis itu yang cantik, atau mungkin juga suka dengan bentuk tubuh yang langsing bagai botol kola, tidak juga mustahil kerana wang kekayaan yang ada pada si gadis, juga kepandaian ilmu yang ada padanya, tapi adakah benar kau cintanya? Jika segala-galanya kerana material yang ada padanya? Jangan kau bicara cinta pada ku kerana kau tidak akan tahu pengertiannya yang sebenar. Sedang aku sendiri pun masih tidak dapat mendalami sebenar-benarnya maksud cinta secara teori, namun kau katakan praktikal, aku akan katakan ya, beritahu teman ku lagi. Cinta, mengapa aku katakan berlainan dengan sayang? Kerana ia abstrak! Bolehkah kau baru kenali gadis ini dan kau katakan pada nya, “Aku cinta kamu?” mungkin ya, mulut kau terlalu manis untuk melafazkan, hingga otak mu tidak perlu lagi memikirkan kesan-kesannya pada gadis yang kau lafazkan cinta itu, sungguh aku berani bersumpah ia hanyalah kata-kata yang berunsurkan suka-suka. Mengerti kah kau bila perkataan ‘Aku cinta kamu’ itu dilafazkan? Bermaksud kau sanggup merentasi apa-apa saja halangan dan rintangan juga cabaran bersama-sama teman hidup semati kamu. Bukannya baru kenal dua tiga hari, juga seminggu dua, sebulan dua, terus kau lafazkan cinta. Ia mengambil masa yang lama untuk proses merasai cinta ini, kerana itu kau boleh lihat dengan sendiri, tidak juga dengan mata mungkin dengan pendengaran kau dengar mengapa masih ada kes-kes penceraian sungguhpun sudah berkahwin selama bertahun-tahun, mungkin juga belasan tahun, juga puluhan tahun, tapi pada akhir bibit-bibit percintaan mereka, kononnya, berakhir dengan kata putus yang menyedihkan iaitu penceraian. Jangan pula kau salah faham, memang ada juga di antara kita yang benar-benar mengerti akan pengertian cinta, namun manusia bisa berubah, hari ini kau sayang aku, setahun dua lagi kau mungkin curang pada ku hingga hubungan kita rosak punah dan berakhir dengan keputusan yang menyedihkan, ingat, kerana manusia bisa berubah. Cinta…sayang…satu dua perkataan yang bisa membuatkan perasaan kita binasa dan juga bisa buat perasaan kita bahagia, bergantung pada siapa yang mengawalnya atau menunggangnya, jika kau mengawalnya dengan baik, nescaya bibit-bibit yang kau bina dengan susah payah itu akan tersergam dengan indah sekali, akan tetapi jika kau menunggangnya dengan kawalan yang tersasar dan tidak tepat, maka nescaya kau akan menjahanamkan nya hingga melukakan perasaan wanita yang sedia bersih dan kau akan tinggalkan kesan-kesan luka yang sukar untuk diubati. Tanam dengan sedalam-dalamnya di otak kau apa yang aku ingin katakan, “jangan kau bermain dengan cinta jika kau tidak pasti yang kau tahu bermain dengannya”. Tidaklah keterlaluan kalau aku katakan pada kau wahai teman, apa yang aku lalui selama beberapa tahun ini begitu seksa. Sedia ada aku terseksa dalam hubungan yang sedang aku kecapi ini, ditambah pula dengan jajaan-jajaan mulut kononnya daripada teman, juga menyeksa batin ku ini, cerita-cerita yang kurang enak tentang ku didengar oleh cuping telinga dan melintasi gegendang telinga ku ini, begitu menyedihkan. Inilah, yang aku katakan pada kau sebagai rintangan dalam percintaan, cabaran yang begitu memeritkan. Biar aku tanya soalan yang mudah pada kau teman, ‘Mau kau merasai percintaan?’ lantas aku menggeleng-geleng kepala, tidak, kerana aku masih mahu mengerti pengertian cinta yang sebenar dari teman karib ku ini. Sudah pasti kau tidak berani dulu untuk merasai percintaan, bukan aku mahu gerun kan kau dengan apa yang akan aku katakan, namun percayalah, percintaan yang berakhir dengan perpisahan adalah begitu memeritkan, kau tidak akan percaya, sungguhpun ukiran senyuman di bibir ini menampakkan keriangan serta kegembiraan yang nyata tidak menampakkan kesedihan, akan tetapi tiada siapa yang tahu sebenarnya di lubuk hati ku, aku terseksa rohani dan batin. Perpisahan, tiada siapa yang mahu perpisahan berlaku di dalam hubungan yang begitu susah dibina, dibikin dan dibentuk ini. Namun takdir menentukan segala-galanya, qada dan qadar di tangan tuhan, aku hanya mampu melakar lukisan-lukisan yang indah di dalam hubungan ini. Sayang sekali, aku juga tidak mengerti, mengapa harus ada perpisahan, namun aku reda dengan segala apa yang berlaku kini, perpisahan adalah penghujung yang dikehendaki-Nya. Sekuat hati aku meronta di dalam, namun perpisahan ini tetap juga terjadi. Aku tidak tahu mengapa, harus ini terjadi, bicara teman ku lagi. Aku terus diam membisu, mendengar bicaranya yang penuh emosi tetapi ternyata emosi yang benar-benar diluahkan tanpa gimik kepada ku, tanpa mengganggu sedikit pun, baik secebis patah perkataannya dalam bicara cinta dan sayang ini. Hanya tuhan yang tahu, betapa terseksanya teman ku ini, cinta yang pertama, dan juga cintanya yang terakhir, tidak akan mencintai perempuan lagi di dalam hidupnya, selepas perpisahan yang bisa mengalirkan air mata ini menghantuinya. Bicaranya yang panjang lebar, adalah yang terakhir buat ku, pesan dan juga nasihat yang sentiasa terngiang-ngiang di telinga, agar aku tidak membuat langkah yang selamat dalam bercinta, wahai teman, aku sangat merindui mu…
KArYa ::NADZ;JULIET::
Fyda
susah untuk aku katakan.. payah untuk aku ucapkan.. betapa rindu hati ini.. betapa cinta diri ini kepada kau yang sering aku termimpi-mimpi..
andainya kau tahu rasa hati ini.. akan berbunga bahagia jiwa ini.. andainya kau juga berkongsi rasa yang sama.. ingin ku terbang ke angkasa..
tapi mana mungkin itu akan terjadi.. mana mungkin bulan kan jatuh ke riba.. hatimu.. dirimu.. cintamu.. telah termiliki..
mana mungkin aku dapat menjadi pendamingnu.. mana mungkin sang enggang dapat berterbangan dengan sang pipit..
kini aku sendiri.. hanya jasadmu yang dapat ku lihat.. tapi bukan jiwamu.. hanya yang aku termampu..berdoa untuk kebahagiaan kau dan dia.. kerana sekiranya kau bahagia.. aku akan dapat merasakannya...
nana
.:cerpen by nana JULIET:.
Cinta seorang pesakit leukemia
Di suatu pagi,Mira memandu kereta untuk pulang ke rumah sewanya.Laluan untuk pulang ke rumah sewanya melewati sebuah hospital,hospital itu adalah tempat arwah Farid menghembuskan nafas yang terakhir.Apabila terpandang hospital itu,Mira teringat disaat dia meninggalkn Farid dan kenangan Mira bertemu Farid kembali setelah 2 tahun berpisah..
Farid membuat keputusan untuk tidak meneruskan kemoterapi dan melakukan pembedahan mengantikan tulang sumsum.Hanya menunggu masa untuk mati saja.Farid menghembuskan nafas yang terakhir kerana mengalami penyakit leukemia ditahap yang kritikal,itu la kali pertama dan terakhir Mira jumpa Farid setelah mereka berpisah dulu.
-------------------------------------------------------------
5 tahun lalu...
Mira datang berjumpa Farid di taman yang selalu mereka jumpa.Mira merasakan Farid semakin kurus dan mukanya semakin pucat kerana sudah lama tidak berjumpa Farid kerana Farid selalu sibuk dan selalu tak sihat.Tapi perubahan itu tidak mengubah keputusan Mira untuk berpisah dengan Farid.
"Cukup la abang,Mira tak kira Mira tetap nak putus jugak..”
“Mira,Mira dah tak sayang abang lagi ke..?”
“Mira dah bosan dengan abg,asyik sibuk jew.Lagipun Amir suka kat Mira,kami dah 2 tahun kenal.”
“Takpe la kalau tu yang Mira mahukan,abang lepaskan Mira..abang doakan Mira bahagia dengan Amir.."
Mira pun berlalu bersama Amir, tinggal la Farid keseorangan.Farid berasa amat sedih apabila gadis yg disayanginya minta dilepaskan.
Sejak peristiwa itu,Farid selalu berkurung didalam bilik dan tidak menghiraukan penyakitnya yang bertambah teruk.Farid tidak lagi makan ubat untuk mematikan sel darah putih dan selalu termenung teringatkan Mira.Farid seorang anak orang berada.Ibubapanya selalu meminta dia bersetuju melakukan pembedahan dan menyambung kemoterapi tapi tak pernah dihiraukan olehnya.Dia seorang yang baik dan penyayang.Dia tidak mahu menyusahkan ibubapanya lagi.Lagipun baginya tiada guna hidup apabila gadis yang disayanginya memilih insan lain daripadanya.
-------------------------------------------------------------
Mira selalu dikasari oleh Amir,sehingga 1 hari Mira tidak tahan dikasari lagi lalu memutuskan hubungan mereka.Setelah seminggu putus dengan Amir, Mira mendapati Amir berbohong kepadanya mengatakan dia tidak mempunyai teman wanita sedangkan dia sudah lama kapel ngan perempuan tu.Rupa-rupanya niatnya kapel dengan Mira hanya la untuk mempermainkan Mira sahaja. Mira berasa menyesal menerima Amir dan meninggalkn Farid yang selama ini menyayangi Mira sepenuh hatinya.
1 tahun selepas Mira berpisah dengan Amir,Mira berasa bersalah dengan Farid lalu Mira cuba mencari Farid untuk meminta maaf atas kesilapan dirinya mmbuat keputusan terburu-buru untuk menerima Amir dan meninggalkan Farid dahulu.Mira mencari Farid dirumah tapi rumahnya kosong,jiran sebelah rumah Farid mengatakan Farid sudah pindah 2 bulan yang lalu..Dia yakin dia menyayangi Farid.
1 hari Mira mendapat panggilan dari Amran,kawan baik Farid.Amran memberitahu bahawa Farid sudah berpindah ke Johor kerana cuba melupakan Mira tapi tidak berjaya dan Farid sekarang berada di hospital dalam keadaan tenat kerana penyakit leukimia yang dihidapinya berada ditahap yang kritikal.Farid meminta Amran mencari Mira kerana ingin berjumpa buat kali terakhir sebelum dia menghembuskan nafasnya..
Mira bergegas ke hospital yang diberitahu oleh Amran.Apabila Mira sampai di hospital,dia hampir pengsan selepas melihat sekujur badan terbaring diatas katil hospital dalam keadaan yang tenat,nasib baik ibu Farid ada disitu.
"Assalamualaikum makcik"Mira memberi salam sambil menyalami ibu Farid.
"waalaikumsalam Mira.."
"Makcik sejak bila Farid menghidap penyakit ini..?"
"Dari umur Farid 5 tahun dia disahkan menghidap penyakit leukemia ni.."
Mira bersa amat terkejut.Selama ni Farid menderita.Kemudian ibu Farid minta izin ke kantin hospital untuk makan dan memberi ruang untuk kami berbincang.Mira menghampiri Farid,dia duduk dibirai katil dan meletakkan kepala Farid ke pangkuannya..Mira sedih melihat keadaan farid..sambil menangis Mira cuba mengejutkan Farid.
Abang..bangun bang..”
"Mira ni.."
Farid cuba membuka matanya walaupun susah kerana dia amat kenal dengan suara gadis yang amat disayanginya.
“Mi..ra…”betul ke Mira datang jumpa abang.."
"abang mimpi ke..?”
“tak abang,abang tak mimpi..”
"Mira sayang,jangan la menangis sayang..abang
akan sedih bila tengok Mira menangis tau"Farid berkata sambil tangannya mengesat airmata yang turun deras dari mata Mira.
"Mira terima kasih sanggup jumpa abang sebelum abang meninggal.."
“Shh..jangan cakap macam tu abang.."
"Npe abang tak cakap yang abang mengalami pnyakit leukemia yang kritikal..?”
“Abang tak nak Mira risau dan sedih,lagipun abang tak nak Mira terima abang kerana simpati..tapi abang nak Mira terima abang kerana cinta dan sayang..
“Abang,Mira minta maaf..Mira banyak buat salah kat abang..baru sekarang Mira sedar sape yang betul-betul sayangkan Mira..”
“Dah lama abang maafkan Mira..”
"Abang,nape abang tak nak lakukan pembedahan..?Ibubapa abang pun mampu tanggung kosnya kan.."
“Abang tak nak menyusahkan ibubapa abang lagi..Abang dah banyak menyusahkan dorang..lagipun abang tak sanggup hidup lagi apabila Mira lebih memilih hidup bersama Amir daripada abang.."
"Dah la abang tu ksah lama..Mira ingin hidup bersama abang sekarang.."
Farid memandang sayu wajah gadis yang disayanginya smbil menggengam erat tangan Mira..
"Mira ketahui la abang sentiasa cinta dan sayangkan Mira hingga ke akhir hayat abang..abang minta maaf sangat-sangat andai abang de buat salah dan layanan abang tak ckup baik pada Mira..”
"abang doakn Mira jumpa insan yang lebih baik untuk menjadi suami Mira nnti..jge la orang tu baik-baik dan sayangi la dia dengan seikhlas hati Mira.."
“Npe abg ckp mcm nie..abang tak kan tinggalkan Mira kan..”
“Mi..ra,a..bang ra..sa masa un..tuk abang kem..bali pada Allah dah smpai..”
"Ma..afkan a..bang.. yew sayang”
“Abang jangan tinggalkan Mira..Mira sayang abang..”
"Abang........"
Bergelinang airmata Mira apabila Farid pergi meninggalkannya dan kembali ke rahmatullah..Yang amat menyedihkan lagi Farid menghembuskan nafas yang terakhir diatas pangkuan Mira sambil memegang tangan Mira.
-------------------------------------------------------------
Sekali lagi airmata Mira turun dengan derasnya apabila mengimbau kenangan lalu..Andai dia tidak memutuskan hubungan mereka dahulu,mungkin dia dapat bersama Farid lebih lama dan dapat memujuk Farid lakukan pembedahan supaya harapan Farid untuk hidup lebih lama cerah..Mira amat menyesal tapi semua tu tak berguna kerana Farid telah kembali ke rahmatullah,membawa kasih sayang dan cintanya pada Mira..Sekarang yang tinggal hanya la secebis kenangan disaat mereka bersama dahulu..Mira kehilangan Farid sekali lagi cuma yang lainnya takdir memisahkan mereka..
iera
Karya pertama iera
**************************************
cinta kdg kala suka, kdg kala duka. tp knp hdup ini prlu an cinta? utk kpuasan diri? atau.. utk dhrgai? cinta hanyalah soal meninggalkan dan yang ditinggalkan. cinta itu sebuah pengorbanan yg dilandasi dengan ketulusan hati… cinta adalah bahagia apabila orang yg kita sayangi bahagia… meskipun kebahagiaannya adalah menyakitkan utk kita.. tp,itulah pengorbanan cinta.. cinta tdk hrs memiliki.. krn,apabila kita memaksakan seseorng untuk menjadi milik kita,itu adl keterpaksaan. krn dlm cinta tdk trkandung unsur terpaksa sedikitpun. biasanya,cinta sejati akan datang setelah kita kehilangan seseorang. dia akn slalu hidup di hati kita utk slamanya.. cinta bkn soal memiliki. tp, bgaimana mnjaga ketulusan hati hnya atas nama cinta untuk dia.. nmun,apkah cinta itu harus diungkapkan??? hal ini yg slalu ku cari dlm khidupan… dan apa alasannya??? hargailah cinta seperti engkau mngargai dirimu terangilah cinta layak bulan menerangi bumi
nukilan ; ieraJULIET 011208
********************************************
karya kedue iera
********************************************
jika aku bulan, aku akan menyinari hidupmu, jika aku matahari, aku akan menerangi sinar pagimu, tapi, itu semua tidak mungkin terjadi, kerana kau bukan milikku. aku kini keseoranagn, ingin menagih kasih darimu, untuk ku buat teman, dan juga kekasih. tapi, apa dayaku, aku hanya boleh berangan, dan! tidak mungkin itu menjadi kenyataan! sampai sekarang, hati ku masih padamu, hatiku terbuka untuk kaw, supaya kaw jadi milikku, yang tidak berguna ini, kedalam hidupmu. tapi, aku tidak tahu kapan itu akan berlaku, aku disini masih setia menunggu dirimu, tiada lain di hatiku, selain namamu, semoga apa yang aku impikan ini, menjadi kenyataan kepadaku.
coretan ; ieraJULIET 011208
No posts.
No posts.